Saturday, August 22, 2009

15 - 16 Ogos 2009

Kumpulan kali ini datangnya dari CAC, Bank Islam Malaysia Berhad, Johor Bahru yang diketuai oleh En. Iqbal.

Mereka tiba seawal jam 11.00 pagi. Selepas check in mereka menikmati makan tengahari. Kira-kira jam 3.00 petang, mereka mengadakan aktiviti pusing pulau dengan menaiki bot.

Sayangnya gambar saya tak dapat snap.

Selepas bersiar-siar dengan bot, mereka minum petang.

Mereka makan jam 8.00 malam dengan hidangan BBQ dan nasi goreng.


Aku nak makan banyak malam nie.


Aik! Ada pulak orang ambil gambar kita.


Terperanjat ke kak.


Senyum! Cik Hawa masa diambil gambar nie.


Tenung apa tu, Puan Khalilah.

Mereka juga mengadakan aktiviti membasahkan tekak dengan berkaraoke pada malam tersebut.


Hai, Encik Zakuan, anak sampai tertidur tu.

Keesokan harinya, pagi mereka disulami dengan aktiviti senaman poco-poco dan acara sukaneka sehingga jam 11.00 pagi.


Macam mana nie. tak faham nak ikut nie.



Ok! semua siap pasang kuda-kuda masing-masing.


Cepat! Cepat! tiup sampai pecah, pemenang pertama dah ada nie.



Gelap pandangan mata ku.


Juara kerusi berirama hari ni mesti jadi milik aku, he he he.


Sporting betul anak-anak buah aku nie.


Kepit! Bang! Jangan bagi pecah


Huh! Seronok juga rupanya kepit belon tadi.


Lihatlah balingan kelapa maut ku ini.



Bilalah nak penuh botol nie.


Cepat! Dah sedia nie.


Yeah! Berjaya akhirnya.


Tekun betul kumpulan nie dengar penerangan sukaneka.


Hish! Budak nie, tak abis-abis lagi ambil gambar orang.


Lihatlah! Terror nya aku hari ini.

Mereka makan tengahari diselang selikan dengan acara penutup dan penyampaian hadiah.


Dapat nie jer ke.



Apa lagi! Aku nak makan nie.


Huh! Best juga hadiah nie.


Melayan kerenah anak-anak ya bang.

Mereka juga mengadakan sessi bergambar sebagai bukti telah berkunjung ke Gorek Bay ini.


Posing sebelum balik nie.


Cepatlah panas nie.



Huh! Lega, siap juga pose hari nie.


Cop! Mekap cair lah pulak nie.

14 - 15 Ogos 2009 (2)

Pada hari yang sama, satu kumpulan lagi yang berkunjung ke Gorek Bay datangnya dari Pasukan St. John Ambulan, ILP Pasir Gudang.

Mereka tiba kira-kira jam 5.00 petang dengan menaiki bas ILP, Pasir Gudang. Kedatangan mereka kira-kira seramai 54 orang termasuk 4 orang guru pengiring. Mereka berkhemah di bawah pohon asam.











Selepas menjamu selera dengan menu ayam penyet mereka menghiburkan hati dengan sessi karaoke.









Keesokan paginya, mereka mengadakan aktiviti senaman dan berkayak.







Mereka bertolak balik kira-kira jam 2.00 petang selepas menikmati juadah tengahari.

14 - 15 Ogos 2009

Salam,

Kali ni saya nak bercerita tentang kumpulan yang berkunjung di Gorek Bay pada hari Jumaat 14 dan Sabtu 15 Ogos yang lepas.

Kumpulan ini diketuai oleh Cikgu Sazali. Mereka menempah 11 chalet pada Hari Jumaat tersebut. Mereka tiba kira-kira jam 2.30 petang hingga ke 5.00 petang.

Petang itu mereka ambil kesempatan berehat sambil menikmati keindahan permandangan di Gorek Bay ini.

Jam 8.00 malam, mereka mula mengadakan acara BBQ dan makan malam.











Selepas makan malam mereka mengambil kesempatan berkaraoke pula.