Thursday, July 15, 2010

Majlis Perkahwinan

Salam semua, dah hampir 4 bulan saya tidak mengemaskini blog ni. Minta maaf pada pengunjung, kesibukan kerja seharian membataskan masa untuk selalu berada di alam siber nie.

Ada beberapa koleksi gambar yang saya simpan, Insya Allah akan saya update mengikut kelapangan saya.

Ribuan terima kasih diucapakan atas kesudian pengunjung yang tak putus-putus memberi sokongan dan membuat tempahan di Gorek Bay.

Ok, untuk mengubat kerinduan bagi yang dah lama menanti untuk melihat keindahan dan kedamaian di Gorek Bay ini saya akan memaparkan gambar-gambar istimewa yang diambil bersempena Majlis Perkahwinan En. Mohd Aliakbar dan pasangan Pn. Mursalina Irmanira dan En. Khairul Ariffin dan Pn. Fazidah di Gorek Bay.

Gorek Bay berbesar hati untuk menganjurkan majlis persandingan di antara En. Ali dan pasangannya pada 20/6/2010. Walaupun sibuk dengan persiapan hari persandingan tersebut, pihak kami masih lagi menerima tempahan chalet dan perkhemahan pada 19/6/2010 dan 20/6/2010.


Kesemua gambar-gambar ini diambil semasa berlangsung persandingan tersebut.


Beginilah suasana rewang pada malam 19/6/2010 tersebut. Ada yang potong bawang, ada yang minum sambil bersembang-sembang.


Emm, mak cik posing je ker? Ohhh! siapkan sirih junjung ya.





Gambar pelamin yang siap dipasang pada malam 19/6/2010. Pelamin ini ditempah dan dipasang oleh ZAINAL KANOPI.




Inilah pulak gambar-gambar model cilik yang menggayakan BASIKAL ELEKTRIK yang terdapat di Gorek Bay. Kami menyediakan xtvt berbasikal dengan kadar bayaran rm10-00 1 jam. Alahai! Promosi lah pulak.


Gambar-gambar di bawah ni pulak kesibukan dan kemeriahan di pagi hari, 20/6/2010, rombongan pengantin lelaki akan ke rumah pengantin perempuan di Felda Chini.














Tengok tu, ceria betul, tersenyum semuanya.


Inilah dia tukang masak yang bertanggung jawab menyediakan hidangan untuk jamuan hari persandingan esok.


Opps! malu pulak pembantu tukang masak berdua nie.


Kayu api yang digunakan untuk memasak.



Terima kasih pada tukang masak yang dapat menghidangkan menu masakan yang sedap.


Ini pulak pembantu tukang masak yang diundang khas dari Tenglu, Mersing merangkap MC pada hari persandingan.


Ok, ni pulak banner yang dipasang untuk menyambut tetamu.













Deretan khemah yang digunakan oleh Persatuan Anak-anak Yatim Bandar Tenggara pada malam semalam.


Deretan kereta yang dimiliki oleh penghuni chalet






Gambar di bawah ini semua permandangan sebelum berlangsung majlis persandingan tersebut.










































Inilah pasangan pengantin pertama, En Khairul dan pasangannya.













Ini pulak rombongan bertandang pengantin perempuan dari Felda Chini. Penuh 1 bas MARA LINER orang Pahang ke Mersing. Bayangkan lah betapa meriahnya suasana hari tu.




















Inilah dia, En. Ali dan pasangannya. Anggun berbaju kuning diraja.











Barang hantaran dari pengantin perempuan.


































Kek yang ditaja oleh Puan Ida dari Air Papan

















Yang berempat nie masih single.


Yang berempat nie pulak semuanya dah berpunya.


Pasangan pengantin dengan keluarga pihak perempuan.





Ini pulak gambar penghuni chalet pada hari tersebut. Terima kasih kerana sudi mengirimkan gambar ni pada saya.





Posing maut dari pasangan pengantin.






Alhamdullillah syukur, majlis persandingan pada hari tersebut berjalan dengan lancar dalam suasana yang meriah.

Bagi sesiapa yang berhasrat untuk mencari kelainan dengan mengadakan majlis persandingan di tepi pantai sambil merasa ketenangan dan kebiruan air laut, Gorek Bay bersedia untuk menerima tempahan.