Friday, October 22, 2010

Program Hari Keluarga MPWK 2010

Salam,

Kita bertemu kembali, kali ni Gorek Bay dikunjungi oleh Ahli-ahli Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Bakri dan Pontian.

Kunjungan seramai 40 orang dari Bakri dan 40 orang dari Pontian. Mereka berkunjung ke Gorek Bay pada 13/10/2010.

Mereka mengambil pakej makan iaitu sarapan, makan tengahari dan minum petang.

Aktiviti yang diadakan seperti ceramah, sukaneka dan karaoke.

Mari kita layan gambar yang sempat saya ambil pada hari itu.

Friday, October 8, 2010

Sekolah Kebangsaan Seri Merlong

Salam semua,

Kali ni saya paparkan pula gambar-gambar yang diambil semasa Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Seri Merlong, Rengit, Batu Pahat.

Perkhemahan bersepadu ini diadakan selama 3 hari 2 malam bermula pada 1/10/2010 sehingga 3/10/2010.