Wednesday, March 25, 2015

Chalet

Di Gorek Bay kami menyediakan 2 jenis chalet untuk kemudahan dan pilihan pengunjung. 

CHALET A





  • Terdiri daripada 22 unit chalet yang dilengkapi dengan pendingin hawa (air-conditioned) dan bilik air
  • Mempunyai 1 katil kelamin atau 2 katil bujang
  • Maksimum 3 orang 
  • Lebih dari 3 orang caj RM5-00 dikenakan bagi setiap seorang 
  • HARGA  RM100-00




  • CHALET B 














  • Terdiri daripada 16 unit chalet yang dilengkapi dengan pendingin hawa (air-conditioned) dan bilik air
  • Mempunyai 1 katil kelamin dan 1 katil  2 tingkat 
  • Maksimum 5 orang 
  • Lebih dari 5 orang caj RM5-00 dikenakan bagi setiap seorang 
  • HARGA  RM130-00













  • HASIL MEMANCING

    Taraaa, inilah antara hasil memancing di Gorek Bay.


    Masak lomak pun sodap ni.
    Macam-macam ikan ada.
    Besor giler ikan pari ni.
    Lobster pun ada

    Harimau sekadar hiasan.

    Thursday, March 12, 2015

    GOREK BAY 

    Gorek Bay terletak di Kampung Tanjung Resang iaitu kira-kira 22 km dari Bandar Mersing. 

    Pemandangan yang indah dan mendamaikan dapat disaksikan sepanjang perjalanan menuju ke 
    Gorek Bay.  Bagi yang gemarkan kehijauan dan keindahan pantai, Gorek Bay adalah destinasi yang paling sesuai untuk dilawati dan diterokai. 


    KEMUDAHAN PENGINAPAN 

    Gorek Bay menyediakan kemudahan penginapan dengan harga yang berpatutan. Pengunjung mempunyai pilihan sama ada untuk mendiami chalet atau khemah mengikut citarasa masing-masing. 

    Bagi yang berkeluarga chalet tetap menjadi pilihan utama dan bagi yang berkumpulan atau pelajar biasanya khemah memenuhi kehendak mereka. 

    1)  CHALET 

    Di Gorek Bay, kami mempunyai 2 jenis chalet iaitu   :  

    1)   CHALET A 

    Terdiri daripada 22 buah chalet berhawa dingin dan kesemua chalet dilengkapi dengan bilik airnya yang tersendiri.  

    Pengunjung mempunyai pilihan sama ada untuk mendiami chalet yang mempunyai 1 katil kelamin atau 2 katil bujang.  Kapasiti antara 2 sehingga 4 orang.  Harga  RM100-00 satu malam.


    2)   CHALET B 

    Terdiri daripada 16 buah chalet berhawa dingin dan kesemua chalet dilengkapi dengan bilik airnya yang tersendiri.  

    Dilengkapi dengan 1 katil kelamin dan 1 katil 2 tingkat. Kapasiti antara 3 sehingga 5 orang.  Harga  RM130-00 satu malam.




    Tempat Memancing

    Kawasan pantai di Gorek Bay juga amat sesuai untuk menjalankan aktiviti menjala, menjaring, mencari kepah dan memancing.










    Tapak Perkelahan

    Gorek Bay menyediakan tapak perkelahan dengan kadar bayaran RM5-00 untuk seorang.
    Bagi mereka yang mempunyai masa yang terhad yang bercadang untuk mandi laut dan merasa hembusan angin pantai. Pantainya yang landai dengan pantai yang berpasir dan pemandangan yang indah dapat menenangkan hati walaupun sekejap cuma.



    BBQ SET

    Pihak kami menyediakan BBQ Set yang disewakan pada kadar RM10-00 bagi satu tong.
    Pengunjung perlu membawa arang dan dawai pembakar sendiri.










    Thursday, March 5, 2015

    Dataran

    Kawasan Dataran yang luas membolehkan kenderaan seperti bas dan kereta diatur supaya tidak menganggu aktiviti pengunjung di Gorek Bay

    Di dataran ini juga boleh dilakukan acara senamrobik, poco-poco, perbarisan dan sukaneka.