Salam,
Agak lama saya tak up date blog nie, minggu nie Gorek Bay menerima kunjungan dari 4 kumpulan.
Kumpulan pertama datang dari Sekolah Kebangsaan Sri Laksana, Batu Pahat. Kedatangan mereka seramai 140 orang murid dan kira-kira 30 orang guru dan keluarga masing-masing.
Mereka tiba jam 9.00 pagi untuk berkelah dan menjalankan aktiviti sukaneka di kawasan pantai. Mereka tiba dan terus bersarapa pagi. Kemudian diikuti dengan aktiviti sukaneka dan riadah.