Wednesday, May 20, 2009

Gorek Bay

Gorek Bay terletak di Kampung Tanjung Resang iaitu kira-kira 22 km dari Bandar Mersing. Kalau dari Johor Bahru dengan menaiki bas atau kereta, perjalanan sejauh 3 jam perlu dilalui manakala dari Kuala Lumpur masa yang diperlukan kira-kira 5 jam perjalanan.

Pemandangan yang indah dan mendamaikan dapat disaksikan sepanjang perjalanan menuju ke Gorek Bay. Bagi yang gemarkan kehijauan dan keindahan pantai, Gorek Bay adalah destinasi yang paling sesuai untuk dilawati dan diterokai.