Thursday, June 25, 2009

Gambar Air Pasang Penuh

Salam,

Pagi ni saya nak bercerita pasal air pasang penuh pulak dekat Gorek Bay nie. Kebetulan minggu lepas air pasang penuh. Air surut sekejap jer pas tu pasang semula. Bagi yang berkunjung di Gorek Bay pada minggu lepas merasa lah air pasang pada waktu pagi dan waktu petang tu.









Mak cik ni siap mancing dari atas darat jer.

Wednesday, June 24, 2009

Gambar Posing







Hah! Inilah dia jelitawan-jelitawan yang saya maksudkan itu. Enjoy!!!

Gambar Khemah















Ni pula gambar khemah yang didiami oleh jelitawan dari Johor Bahru. Mereka berkhemah untuk 2 hari 1 malam. Khemah mereka betul-betul terletak di kawasan tepi pantai.

Sungguhpun air pasang besar tapi tak der lah sampai masuk ke khemah. Bagi sesiapa yang ingin merasa suasana tidur ditemani desir angin dan bunyi percikan air laut bolehlah berkhemah di kawasan ini.

Gambar Suasana Pantai











Ni pula gambar sekitar pantai semasa semua pengunjung mengambil peluang untuk mandi dan bersantai.

Gambar Berkayak






En. Fathi juga mengambil peluang untuk berkayak pada petang itu.

Tuesday, June 23, 2009

Gambar Mandi Laut





















Meriah betul petang tu masa semua berpeluang mandi laut. Kebetulan petang itu air pasang besar, jadi tak perlu jalan jauh-jauh dah sampai ke gigi air.

Gambar Makan Malam







Ni gambar En. Fathi dan rakan-rakannya semasa BBQ dan makan malam.

20 - 21 Jun 2009

Salam,

Minggu nie kami di Gorek Bay menerima kunjungan dari Encik Fathi dari Johor Bahru. Mereka berkunjung pada 20/6/2009, mereka tiba pada pukul 12.00 tengahari. Mereka tiba dan terus makan tengahari. Menu pada tengahari itu kari ikan, sayur kacang panjang goreng. Selepas makan tengahari, mereka check in dan berehat sebelum mandi laut kira-kira jam 3.00 petang.

Jam 5.30 petang, minum petang dihidangkan dengan kuih putu piring dan kuih tepung bungkus. Sepanjang petang itu, mereka mengambil peluang untuk mandi laut.
Mereka makan malam pada pukul 9.00 malam diiringi dengan majlis BBQ. Menu makan malam pula ayam rendang dan sup sayur sayur. Majlis makan malam berakhir dalam jam 11.00 malam.

Keesokan paginya, mereka bersarapan pada jam 8.30 dengan menu nasi lemak dan ubi kayu rebus. Selepas bersarapan mereka mengambil peluang untuk mandi laut sebelum bersiap-siap untuk pulang semula ke Johor Bahru. Mereka makan tengahari jam 1.30 petang dengan menu dalca daging dan taugeh goreng. Selepas makan tengahari, mereka pulang kira-kira jam 2.00 petang.

Terima kasih kepada Encik Fathi atas kunjungan ke Gorek Bay. Apa yang terkurang dan tersilap harap dimaafkan. Terima kasih.

Friday, June 19, 2009

Paint Ball

Di Gorek Bay terdapat juga permainan paint ball. Permainan paint ball ni agak baru di Negeri Johor ni. Kalau dekat Mersing nie, cuma ada dua tempat sahaja yang menyediakan permainan paint ball ni. Satu di Gorek Bay dan satu lagi di Penyabong.

Kalau yang berminat atau berhajat untuk mencuba permainan paint ball boleh berkunjung ke Gorek Bay. Ketika ini permainan paint ball di Gorek Bay hanya tertumpu kepada "target shooting" sahaja.

Kami mempunyai perancangan untuk mengadakan "field" yang besar dengan kelengkapan yang canggih untuk mengadakan "game" paint ball yang gempak.

Untuk "target shooting" kadar bayaran yang dikenakan

RM5 untuk 10 paint ball
RM10 untuk 25 paint ball.











Video Berkayak

Salam,

Ni video sekitar permainan kayak masa air pasang di waktu petang di Gorek Bay.


video

Thursday, June 18, 2009

Berkayak

Salam,

Hari ni saya nak bercerita pulak tentang aktiviti kayak yang terdapat di Gorek Bay ini. Kami mempunyai 10 biji kayak. Kayak-kayak ini disewa dengan kadar

RM 15 BAGI 1 JAM
RM 25 BAGI 2 JAM
RM 30 BAGI 3 JAM

Gambar di bawah ni tunjukkan suasana berkayak yang sempat saya ambil baru-baru ini.













Tuesday, June 16, 2009

Gambar-Gambar



Banner yang ditempah khas untuk Hari Keluarga Di Gorek Bay



Gambar acara senaman dan poco-poco yang diadakan di hadapan chalet penginapan mereka.







Semasa acara sukaneka pada sebelah pagi selepas bersarapan.



Gambar salah seorang anak Hj. Kusmi, Pn Ropiah menguji suara.





Gambar-gambar sekitar BBQ