Friday, May 29, 2009

Cuti Hujung Minggu

Salam semua, esok dah hari sabtu, hari untuk melepaskan tension dan tekanan bagi yang bekerja. Minggu nie, Insya Allah, kalau tak der apa aral, kumpulan dari Johor Bahru akan ke Gorek Bay untuk berehat dan mandi-manda di sana.

Saya uploadkan gambar di sekitar Gorek Bay untuk hari ini. Nanti saya akan uploadkan gambar group yang datang minggu ni hari Isnin ya.

Selamat Berhujung Minggu untuk semua.









Monday, May 25, 2009

xtvt-xtvt riadah.





Di Gorek Bay, pengunjung berpeluang melakukan xtvt-xtvt riadah yang kami sediakan secara percuma seperti bola sepak pantai, bola tampar pantai, futsal pantai.
mecari kepah secara tradisional.

Pengunjung juga boleh menyewa kayak dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Thursday, May 21, 2009

Tapak Perkelahan

Gorek Bay juga menyediakan tapak perkelahan bagi mereka yang mempunyai masa lapang yang terhad yang bercadang untuk mandi laut dan merasa hembusan angin pantai. Pantainya yang landai dengan pantai yang berpasir dan pemandangan yang indah dapat menenangkan hati walaupun singgah sekejap cuma.



Tapak Perkhemahan

Gorek Bay juga menyediakan tapak pekhemahan bagi mereka yang gemarkan suasana yang lebih santai dan menyeronokkan. Pengunjung boleh merasa hembusan angin pantai dari dalam khemah.

Tapak perkhemahan yang luas, bersih dan teratur juga disediakan disamping kemudahan tandas dan bilik mandi yang bersih.

Pengunjung mempunyai pilihan sama ada untuk menyewa khemah atau membawa sendiri khemah untuk kegunaan mereka.


Chalet

Gorek Bay mempunyai 22 buah chalet yang berhawa dingin dan kesemua chalet tersebut dilengkapi dengan bilik airnya yang tersendiri.

Pengunjung mempunyai pilihan sama ada untuk mendiami chalet yang berkatil kelamin atau berkatil bujang. Setiap chalet dihadkan kepada 4 orang satu chalet.






Deretan chalet yang boleh menampung kira-kira 100 orang dalam satu masa.

HARGA : RM100/1 HARI

Kemudahan Penginapan

Gorek Bay menyediakan kemudahan penginapan dengan harga yang murah dn berpatutan. Pengunjung mempunyai pilihan sama ada untuk mendiami chalet atau khemah mengikut citarasa masing-masing.

Bagi yang berkeluarga chalet tetap menjadi pilihan yang utama dan bagi yang berkumpulan dan pelajar sekolah biasanya khemah memenuhi kehendak mereka. Apa pun pilihan terletak di tangan anda sendiri.

Wednesday, May 20, 2009

Gorek Bay

Gorek Bay terletak di Kampung Tanjung Resang iaitu kira-kira 22 km dari Bandar Mersing. Kalau dari Johor Bahru dengan menaiki bas atau kereta, perjalanan sejauh 3 jam perlu dilalui manakala dari Kuala Lumpur masa yang diperlukan kira-kira 5 jam perjalanan.

Pemandangan yang indah dan mendamaikan dapat disaksikan sepanjang perjalanan menuju ke Gorek Bay. Bagi yang gemarkan kehijauan dan keindahan pantai, Gorek Bay adalah destinasi yang paling sesuai untuk dilawati dan diterokai.

Salam Perkenalan

Hai, semua, selamat datang ke blog Gorek Bay. Blog ini direka untuk memberi informasi dan maklumat berkaitan Gorek Bay yang baru beroperasi di Mersing.