Thursday, November 4, 2010

Sekolah Menengah Munshi Ibrahim, Labis

Salam,

Pihak Gorek Bay dengan berbesar hati telah menyambut kedatangan kira-kira 180 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar, guru-guru, ajk guru asrama dan pentadbir Sekolah Menengah Munshi Ibrahim Labis, Segamat pada 31/10/2010.

Mereka mengadakan Program Kecemerlangan Pelajar Asrama Bersama Kakitangan Guru, AJK Guru Asrama, Pentadbir Sekolah dan Keluarga untuk Tahun 2010.

Mereka tiba kira-kira jam 11.00 pagi dah terus dihidangkan dengan juadah ringan iaitu keropok lekor. Aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti sukaneka dan mandi pantai.

Selepas menikmati juadah makan tengahari, mereka sempat menyumbangkan lagu untuk acara bebas iaitu karaoke.