Thursday, March 12, 2015

GOREK BAY 

Gorek Bay terletak di Kampung Tanjung Resang iaitu kira-kira 22 km dari Bandar Mersing. 

Pemandangan yang indah dan mendamaikan dapat disaksikan sepanjang perjalanan menuju ke 
Gorek Bay.  Bagi yang gemarkan kehijauan dan keindahan pantai, Gorek Bay adalah destinasi yang paling sesuai untuk dilawati dan diterokai. 


KEMUDAHAN PENGINAPAN 

Gorek Bay menyediakan kemudahan penginapan dengan harga yang berpatutan. Pengunjung mempunyai pilihan sama ada untuk mendiami chalet atau khemah mengikut citarasa masing-masing. 

Bagi yang berkeluarga chalet tetap menjadi pilihan utama dan bagi yang berkumpulan atau pelajar biasanya khemah memenuhi kehendak mereka. 

1)  CHALET 

Di Gorek Bay, kami mempunyai 2 jenis chalet iaitu   :  

1)   CHALET A 

Terdiri daripada 22 buah chalet berhawa dingin dan kesemua chalet dilengkapi dengan bilik airnya yang tersendiri.  

Pengunjung mempunyai pilihan sama ada untuk mendiami chalet yang mempunyai 1 katil kelamin atau 2 katil bujang.  Kapasiti antara 2 sehingga 4 orang.  Harga  RM100-00 satu malam.


2)   CHALET B 

Terdiri daripada 16 buah chalet berhawa dingin dan kesemua chalet dilengkapi dengan bilik airnya yang tersendiri.  

Dilengkapi dengan 1 katil kelamin dan 1 katil 2 tingkat. Kapasiti antara 3 sehingga 5 orang.  Harga  RM130-00 satu malam.