Thursday, July 2, 2009

27-28 Jun 2009

Salam,

Sori lah minggu nie saya lambat up date cerita dan gambar kat Blog nie.
27-28 Jun 2009 Gorek Bay dikunjungi oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama dari Johor Bahru. Kumpulan ini terdiri dari Encik Zul Azam, seorang peguam di bandar Johor Bahru dengan keluarga mertuanya dari Kulai. Mereka datang seramai 5 keluarga.

Mereka sampai awal pagi dalam pukul 10.00 pagi. Mereka amik berkesempatan bersantai di tepi pantai dulu. Jam 1.00 mereka makan tengahari. Menu hari tu, ikan asam pedas, ikan goreng dan rojak. Selepas makan, mereka berehat di chalet masing-masing sebelum mula membasahkan badan jam 3.00 petang. Mereka juga mengambil peluang untuk berkayak.

Jam 5.00 petang, mereka minum petang dengan hidangan kuih bakar dan cucur udang.
Sepanjang petang mereka mandi laut sebab pada hari tersebut air pasang pada sebelah petang.

Jam 8.00 malam, mereka membakar untuk BBQ. Menu BBQ adalah ayam, udang, sotong, otak-otak, ikan, daging burger dan sosej dan tak ketinggalan nasi goreng.
Selepas makan malam, mereka mula berkaraoke sehingga jam 1.30 pagi.

Esoknya mereka bersarapan dengan menu mee goreng dan kuih karipap dan kuih bakar. Sementara menunggu waktu tengahari, mereka mengambil peluang sekali lagi dengan mandi pantai.

Jam 1.00 mereka makan tengahari sebelum pulang ke Johor Bahru. Hidangan tengahari tu pula ayam kari, kobis goreng, ulam dan sambal belacan.

Kalau nak tahu, En Zul Azam nie selalu ke Gorek Bay nie untuk merehatkan fikiran sebab tempat ini mendamaikan katanya. Pada En Zul Azam, terima kasih sebab sudi berkunjung ke mari.