Thursday, July 23, 2009

Sekolah Menengah Batu Anam

Kumpulan kedua pula datangnya dari SMK Batu Anam, Segamat. Mereka tiba kira-kira jam 11.00 pagi. Mereka datang seramai 40 orang murid dan 4 orang guru pengiring.

Mereka mengambil pakej berkhemah dan pakej makan sekali.









Untuk pengetahuan semua, khemah tu didirikan sendiri oleh pelajar-pelajar berkenaan. Selepas selesai memasang khemah, mereka dihidangkan dengan makan tengahari. Menu makan tengahari pada hari itu, ikan pari asam pedas, sayur sawi goreng, ulam dan sambal belacan.









Lepas makan tengahari, mereka berehat dan mula menjalankan aktiviti sukaneka di kawasan pantai kira-kira jam 4.00 petang.







Selepas beriadah di pantai, mereka minum petang pada jam 6.00 petang.










Selepas minum petang, mereka berehat sebelum dihidangkan dengan makam malam. Menu makan malam hari tu, nasi ayam penyet.

Keesokkan harinya, mereka bersarapan dengan menu nasi goreng dan mee hon goreng. Mereka menjalankan aktiviti sampai pukul 11.00 pagi dan bertolak pulang ke Segamat jam 12.00 tengahari.