Friday, July 24, 2009

Group Motor Dari Singapura

Kumpulan ketiga yang singgah di Gorek Bay adalah kumpulan bermotor dari Singapura.
Group motor berkuasa tinggi ni sampai pada Hari Ahad. Mereka berkhemah di kawasan tepi pantai.

Mereka mandi pantai sebelum makan tengahari. Hidangan tengahari tu nasi goreng, mee goreng, telur goreng dan ayam goreng. Mereka bertolak balik ke Singapura selepas makan tengahari.










Inilah barisan motor yang tiba di Gorek Bay.







Ini pulak khemah yang didirikan untuk kumpulan bermotor tersebut.





Kat bawah ni pula gambar yang diambil semasa kumpulan tersebut mengatur motor untuk membentuk logo kumpulan bermotor tersebut.

Saya salute betul kat semangat mereka nie.











Thursday, July 23, 2009

Sekolah Menengah Batu Anam

Kumpulan kedua pula datangnya dari SMK Batu Anam, Segamat. Mereka tiba kira-kira jam 11.00 pagi. Mereka datang seramai 40 orang murid dan 4 orang guru pengiring.

Mereka mengambil pakej berkhemah dan pakej makan sekali.









Untuk pengetahuan semua, khemah tu didirikan sendiri oleh pelajar-pelajar berkenaan. Selepas selesai memasang khemah, mereka dihidangkan dengan makan tengahari. Menu makan tengahari pada hari itu, ikan pari asam pedas, sayur sawi goreng, ulam dan sambal belacan.









Lepas makan tengahari, mereka berehat dan mula menjalankan aktiviti sukaneka di kawasan pantai kira-kira jam 4.00 petang.







Selepas beriadah di pantai, mereka minum petang pada jam 6.00 petang.










Selepas minum petang, mereka berehat sebelum dihidangkan dengan makam malam. Menu makan malam hari tu, nasi ayam penyet.

Keesokkan harinya, mereka bersarapan dengan menu nasi goreng dan mee hon goreng. Mereka menjalankan aktiviti sampai pukul 11.00 pagi dan bertolak pulang ke Segamat jam 12.00 tengahari.

Monday, July 20, 2009

18 - 19 Julai 2009

Salam,

Agak lama saya tak up date blog nie, minggu nie Gorek Bay menerima kunjungan dari 4 kumpulan.

Kumpulan pertama datang dari Sekolah Kebangsaan Sri Laksana, Batu Pahat. Kedatangan mereka seramai 140 orang murid dan kira-kira 30 orang guru dan keluarga masing-masing.

Mereka tiba jam 9.00 pagi untuk berkelah dan menjalankan aktiviti sukaneka di kawasan pantai. Mereka tiba dan terus bersarapa pagi. Kemudian diikuti dengan aktiviti sukaneka dan riadah.













Thursday, July 9, 2009

Video Bola Tampar



Inilah video yang tunjukkan kemeriahan bermain bola tampar pantai masa kat Gorek Bay nie. Yang pakai cermin mata tu lah, En Zul Azam.

Wednesday, July 8, 2009

Gambar Futsal Pantai

Di Gorek Bay juga pada masa yag sama, ada lagi satu group ambil peluang main futsal pantai.





Alahai, comel betul tiang gol tu, kecik jer

Gambar (27-28 JuN 2009)

Gambar-gambar yang sempat diambil masa En Zul Azam di sana.

Gambar Game Bola Tampar







Ni bola tampar bang, bukan bola sepak, huh, aksi yang mengujakan


Thursday, July 2, 2009

27-28 Jun 2009

Salam,

Sori lah minggu nie saya lambat up date cerita dan gambar kat Blog nie.
27-28 Jun 2009 Gorek Bay dikunjungi oleh dua kumpulan. Kumpulan pertama dari Johor Bahru. Kumpulan ini terdiri dari Encik Zul Azam, seorang peguam di bandar Johor Bahru dengan keluarga mertuanya dari Kulai. Mereka datang seramai 5 keluarga.

Mereka sampai awal pagi dalam pukul 10.00 pagi. Mereka amik berkesempatan bersantai di tepi pantai dulu. Jam 1.00 mereka makan tengahari. Menu hari tu, ikan asam pedas, ikan goreng dan rojak. Selepas makan, mereka berehat di chalet masing-masing sebelum mula membasahkan badan jam 3.00 petang. Mereka juga mengambil peluang untuk berkayak.

Jam 5.00 petang, mereka minum petang dengan hidangan kuih bakar dan cucur udang.
Sepanjang petang mereka mandi laut sebab pada hari tersebut air pasang pada sebelah petang.

Jam 8.00 malam, mereka membakar untuk BBQ. Menu BBQ adalah ayam, udang, sotong, otak-otak, ikan, daging burger dan sosej dan tak ketinggalan nasi goreng.
Selepas makan malam, mereka mula berkaraoke sehingga jam 1.30 pagi.

Esoknya mereka bersarapan dengan menu mee goreng dan kuih karipap dan kuih bakar. Sementara menunggu waktu tengahari, mereka mengambil peluang sekali lagi dengan mandi pantai.

Jam 1.00 mereka makan tengahari sebelum pulang ke Johor Bahru. Hidangan tengahari tu pula ayam kari, kobis goreng, ulam dan sambal belacan.

Kalau nak tahu, En Zul Azam nie selalu ke Gorek Bay nie untuk merehatkan fikiran sebab tempat ini mendamaikan katanya. Pada En Zul Azam, terima kasih sebab sudi berkunjung ke mari.