Thursday, August 6, 2009

1 - 2 Ogos 2009

Pada 1 - 2 Ogos pula, Gorek Bay dikunjungi oleh kumpulan dari JP Logistic Sdn. Bhd, Pasir Gudang seramai 9 keluarga.

MAKAN TENGAHARI

Mereka tiba kira-kira jam 12.00 tengahari. Menu makan tengahari adalah atas pilihan mereka iaitu asam pedas ikan kembung, ayam goreng berempah, kacang panjang goreng dll.


Wah! Sempat posing lagi kakak dan abang nie sambil mengambil juadah makan tengahari.


Kakak senyum ler sikit, ramai orang tengok gambar akak nie.






SUKANEKA DAN MINUM PETANG

Selepas check in dan makan tengahari, mereka mengadakan aktiviti santai dan acara sukaneka pantai disulami dengan minum petang. Menu minum petang hari itu pisang goreng, keledek goreng, ubi goreng dan jemput-jemput.






Asyik sungguh mereka mendengar taklimat dan kata-kata aluan dari Big Boss.


Tengok betul-betul macam ni caranya tau.


Alamak, baik-baik bang, karang ada pulak kain terbang.


Kepit kak, jangan tak kepit, jangan pecah udah ler.

BBQ

Mereka makan malam jam 8.00 dengan aktiviti BBQ yang mereka kendalikan sendiri.
Pihak Gorek Bay hanya menyediakan nasi goreng sahaja.


Jeng! Jeng! Jeng, malam tu pencuci mulut buah rambutan.


Kakak dan abang tak sabar tunggu siapa yang nak rasmikan BBq dia nie.


Sila, sila ambil makanan dah siap dibakar tu.


Huh! Kak penuh asap tu, jangan hangus sudah lah daging yang dibakar tu.


Gembiranya brother sorang nie, apa agaknya yang menggelikan hati tu.