Saturday, August 22, 2009

14 - 15 Ogos 2009

Salam,

Kali ni saya nak bercerita tentang kumpulan yang berkunjung di Gorek Bay pada hari Jumaat 14 dan Sabtu 15 Ogos yang lepas.

Kumpulan ini diketuai oleh Cikgu Sazali. Mereka menempah 11 chalet pada Hari Jumaat tersebut. Mereka tiba kira-kira jam 2.30 petang hingga ke 5.00 petang.

Petang itu mereka ambil kesempatan berehat sambil menikmati keindahan permandangan di Gorek Bay ini.

Jam 8.00 malam, mereka mula mengadakan acara BBQ dan makan malam.











Selepas makan malam mereka mengambil kesempatan berkaraoke pula.