Wednesday, August 5, 2009

26-27 Julai 2009

Kumpulan yang berkunjung di Gorek Bay pada 26-27 Julai 2009 datangnya dari Sindora Sdn.Bhd.Kluang. Mereka tiba kira-kira jam 4.00 petang.

Kedatangan mereka disambut dengan hidangan minum petang. Mereka dihidangkan dengan kuih karipap,kuih bakar kelapa dan bubur kacang durian. Selepas menikmati hidangan minum petang mereka berehat.




Mereka makan malam kira-kira jam 8.00 malam. Mereka mengambil pakej BBq.


Kalau nak tahu,dalam " kertas timah" tu isinya jagung bakar.









Antara menu untuk bbq malam,sate,udang, sotong, ayam,ikan,sosej dan daging burger.













Mereka ni semua bertungkus lumus menyiapkan hidangan BBQ malam itu.


Majlis BBQ malam itu disusuli dengan aktiviti karaoke hingga jam 11.00 malam.
Keesokan harinya mereka bersarapan pagi dengan menu nasi lemak, mee goreng, ikan goreng dan 2 jenis kuih.

Selepas bersarapan mereka menjalankan aktiviti bebas dengan mandi pantai.
Hidangan makan tengahari pada hari itu nasi ayam penyet dan asam pedas ikan pari.

Mereka meninggalkan Gorek Bay kira-kira jam 2.00 petang.