Thursday, June 4, 2009

Aktiviti Sepanjang Hari Di Gorek Bay

Kali ni,saya nak bercerita tentang aktiviti yang biasa dilakukan kalau berada di Gorek Bay.

Biasanya aktiviti utama adalah mandi laut. Pantai di Gorek Bay yang landai amat sesuai untuk anak-anak kecil mandi. Kawasan pantai dengan persekitaran yang bersih dan berpasir amat sesuai diadakan aktiviti sukaneka. Pengunjung boleh juga menyewa kayak yang pihak kami sediakan dengan harga yang berpatutan. Kalau nak pusing pulau berdekatan pun ada bot kami sediakan.

Bagi pengunjung yang gemar memancing, di Gorek Bay ini pun boleh memancing juga. Kalau nak ke pulau berhadapan pun pihak kami boleh hantar dengan menaiki bot. Kalau nak memancing di sekitar, ada 2 - 3 kawasan berdekatan yang memang menjadi lubuk kaki pancing di sini. Bagi yang nak mencuba menarik pukat pun, ada kami sediakan pukat tarik untuk dicuba. Seronok tau dapat ikan segar.

Lagi satu aktiviti yang boleh dilakukan adalah mencari kepah di kawasan pantai Gorek Bay. Cara mencari kepah di sini agak unik di mana pengunjung perlu menggunakan "gerat". Nanti saya akan uploadkan gambar gerat tu ya.

Aktiviti lain yang saya rasa biasa diadakan seperti bola sepak pantai, bola tampar pantai, futsal pantai, takraw pantai pun ada.

Kalau dah penat berada di kawasan pantai, pengunjung boleh mencuba permainan paintball yang kami sediakan. Permainan ini dihadkan kepada aktiviti "shoot" sahaja. Tapi bagi yang ingin mengadakan permainan atau game penuh, Insya Allah, pihak kami akan uruskan.