Tuesday, June 2, 2009

Group Dari JB

Salam semua,

Hari ni dah hari Selasa, maaf lah tak sempat nak upload gambar Group dari JB seperti yang saya janjikan.

Group kali ni merupakan kawan lama satu office saya di JB, Puan Aryanti dan suaminya En. Rafi. Selepas minum petang, sempat lah mereka bawa anak-anak untuk mandi pantai sementara menunggu masa maghrib.

Aktiviti diteruskan dengan BBQ pada jam 8.30 malam dan habis kira-kira jam 11.00 malam. Seterusnya mereka berkaraoke hingga jam 3.00 pagi.

Esok pagi jam 8.30 baru mereka bersarapan. Waktu pagi air pulak surut, nampaknya tak dapat mereka membasahkan badan mereka. Tetapi di Gorek Bay ini ada alternatif kalau tak dapat mandi pantai, pengunjung boleh ke air terjun yang letaknya lebih kurang 10 minit perjalanan dari Gorek Bay.

Tiada bayaran yang dikenakan untuk ke air terjun nie, free, seronok tau.

Nanti saya uploadkan gambar air terjun tu ya.

No comments:

Post a Comment