Tuesday, June 23, 2009

20 - 21 Jun 2009

Salam,

Minggu nie kami di Gorek Bay menerima kunjungan dari Encik Fathi dari Johor Bahru. Mereka berkunjung pada 20/6/2009, mereka tiba pada pukul 12.00 tengahari. Mereka tiba dan terus makan tengahari. Menu pada tengahari itu kari ikan, sayur kacang panjang goreng. Selepas makan tengahari, mereka check in dan berehat sebelum mandi laut kira-kira jam 3.00 petang.

Jam 5.30 petang, minum petang dihidangkan dengan kuih putu piring dan kuih tepung bungkus. Sepanjang petang itu, mereka mengambil peluang untuk mandi laut.
Mereka makan malam pada pukul 9.00 malam diiringi dengan majlis BBQ. Menu makan malam pula ayam rendang dan sup sayur sayur. Majlis makan malam berakhir dalam jam 11.00 malam.

Keesokan paginya, mereka bersarapan pada jam 8.30 dengan menu nasi lemak dan ubi kayu rebus. Selepas bersarapan mereka mengambil peluang untuk mandi laut sebelum bersiap-siap untuk pulang semula ke Johor Bahru. Mereka makan tengahari jam 1.30 petang dengan menu dalca daging dan taugeh goreng. Selepas makan tengahari, mereka pulang kira-kira jam 2.00 petang.

Terima kasih kepada Encik Fathi atas kunjungan ke Gorek Bay. Apa yang terkurang dan tersilap harap dimaafkan. Terima kasih.