Monday, June 15, 2009

Sambung Cerita

Mereka mengadakan majlis tahlil sebelum mula makan malam pada hari pertama. Menu pilihan mereka pada malam itu labu masak lemak dan ayam masak merah. Aktiviti malam tu lebih kepada santai.

Pada hari kedua, pagi mereka dimulakan dengan senamrobik dan poco-poco dan bersarapan pagi. Selepas bersarapan pagi, acara sukaneka diadakan di pantai. Antara acara sukaneka hari itu ialah keretapi dadu,boling kelapa, pecah belon kaki dll.

Mereka selesai bersukaneka kira-kira jam 12.00 tengahari. Makan tengahari dihidangkan pada jam 1.00. Menu makan tengahari pula, kari daging dengan sawi goreng. Selepas makan tengahari, mereka semua mengambil peluang untuk menguji suara bagi pertandingan karaoke yang akan diadakan pada sebelah malam.

Majlis makan malam (BBQ) disusuli dengan pertandingan karaoke di kalangan ahli keluarga berakhir jam 12.00 malam.